salah satu mungkin atau sebahagian sisi diri ini yang sangat minat menulis. Sangat minat menukilkan cerita-cerita yang berputaran di alam maya ini. Mula menulis, agaknya lebih serius sejak berusia 13 tahun. Ayah dan mak selalu bertanya-tanya. Memberi sokongan penuh. Kata ayah, duduk dan tulis di meja kerja ayah. Tak apa. Mesin taip pun ada. Gunalah. Mak selalu tersenyum pabila melihat aku mula duduk dan menulis-nulis. Kerap kali aku menulis di kepala tangga atas rumah kampong kami. Aku senang sekali duduk di situ kerana angin banyak. Sejuk dan dingin sambil mata mengitari panorama petang yang amat indah. Selalu juga mak bertanya, tulis apa tu. Cerita, kataku. Cerita pasal mak ke, mak senyum manis (sememangnya mak seorang wanita yang cantik dan manis). Aku jadi sedikit kagit. Hehe..cerita macam-macam tapi cerita mak paling banyak. Mak senyum lagi. Sekejap kemudian tercium aroma teh panas dengan cucur manis di hadapan ku.
Di usia 15 tahun aku mendapat wang saku bulanan dengan menulis cerpen, sajak dan ulasan di majalah. Kali pertama mencuba-cuba, sekadar mencuba. Ku hantar ‘Permataku Tidak Kusam’ untuk ruangan cerpen majalah akademik Prisma. Maka pada Mac itu, tersiarlah cerpen pertama di dada majalah itu. Semangat…semangat…aku hantar pula ‘Awi’. Cuba-cuba nasib memasuki peraduan yang besar di majalah Jelita. Alahai….alhamdulilah ‘Awi’ bawa rahmat rupanya. Aku menangi peraduan cerpen anjuran jelita-km oli pada usia 19 tahun dengan mendapat tempat ketiga. Satu kenangan yang manis. Setahun selepas itu memenangi nya sekali pula melalui ‘Izinkan Aku Berteduh’.
Aku mengkagumi bapak-bapak sasterawan Negara. Menerusi ‘Sesudah Ombak Beralun’ yang diangkat juara, karya aku dikenali oleh Bapak Shahnon Ahmad kerana dia jadi panel juri untuk pertandingan cerpen desasiswa Bakti, USM ketika itu. Sering aku melepak di depan Fakulti Sosial Sains dengan harapan dapat melihat Dr. Fatimah Busu.
Begitu lah serba sedikit..ada waktu akan kuteruskan perkisahan ini